Tuesday 13 December 2011

Sunday 11 December 2011

Mural

 Ini adalah hasil usaha sama guru-guru Panitia Matematik bersama-sama guru-guru Panitia Seni Visual. Kami bergilir-gilir menyiapkan sifir pada ke semua tiang didewan terbuka sekolah. Terima kasih kepada Pn. Zoon Faraniza dan En Idrus Idris selaku Ketua Panitia Matematik dan Ketua Panitia Seni Visual yang turut sama mengorbankan waktu 'free' dan waktu cuti hujung minggu untuk menyiapkan projek kita ini.
Selain untuk keceriaan, mural juga berfungsi sebagai penyampai maklumat atau mesej kepada yang melihatnya. Mudah-mudahan usaha ini akan mendatangkan manfaat kepada semua.

Sunday 27 November 2011


Kreativiti tidak terbatas. Kadangkala dengan hanya memberi beberapa panduan sudah cukup untuk membuka pintu kreativiti murid-murid kita. Tugasan seperti ini mendedahkan murid tentang variasi dalam warna, susunan gambar-gambar, saiz dan juga bentuk.

Monday 14 November 2011

WAU

Sekadar memperkenalkan kraf tradisonal, permainan wau mempunyai nilai estetika yang tinggi. Selain memaparkan budaya salah sebuah negeri pantai timur Malaysia, wau juga adalah identiti masyarakat Malaysia. Murid hanya diberi rekabentuk rupa wau sebagai panduan untuk menghasilkan replika wau dalam bentuk 3D. Alat dan bahan yang digunakan adalah kertas lukisan, pensel warna, gam, gunting dan lidi. Olahan idea murid ternyata memberi inspirasi yang begitu baik dan memuaskan. Mereka dapat mengintepretasi gaya dan corak dengan cara tersendiri. Hasil olahan yang menarik dipamer untuk tatapan rakan-rakan yang lain. Mereka tentu sekali berbangga dengan kerja tangan sendiri.
Posted by Picasa

PAPER FLOWER

LIPATAN DAN GUNTINGAN

Hasil kreativiti murid-murid dalam lipatan dan guntingan. Hanya dengan menggunakan bahan-bahan seperti kertas warna, gunting dan gam, murid-murid sudah boleh mengekspresikan imaginasi mereka melalui teknik lipatan dan guntingan. Seronok dan mengujakan apabila murid sentiasa dikejutkan dengan corak yang terhasil daripada guntingan yang telah dibuat. Uniknya, corak yang terhasil tiada yang sama antara satu dengan lain... Lihat...
Posted by Picasa

Ukiran polisterine

Pertama kali mendapat idea untuk menggantikan aktiviti kraf tradisional dengan
ukiran polisterine. Cawan polisterine yang telah digunakan ( kitar semula ) diukir dengan menggunakan pen yang sudah tiada dakwat ( kitar semula juga..). Warna pastel digunakan sebagai media. Jangan gunakan krayon sebab tak sesuai. Lukislah apa jua corak yang terlintas difikiran anda. Warnakan dengan warna yang terang dan menarik untuk menambah ceria pada cawan kitar semula anda. Daripada dibiarkan terbuang begitu saja, apa kata gunakan sebagai bekas pensel. Bukankah menarik?..
Posted by Picasa