Sunday 27 November 2011


Kreativiti tidak terbatas. Kadangkala dengan hanya memberi beberapa panduan sudah cukup untuk membuka pintu kreativiti murid-murid kita. Tugasan seperti ini mendedahkan murid tentang variasi dalam warna, susunan gambar-gambar, saiz dan juga bentuk.

Monday 14 November 2011

WAU

Sekadar memperkenalkan kraf tradisonal, permainan wau mempunyai nilai estetika yang tinggi. Selain memaparkan budaya salah sebuah negeri pantai timur Malaysia, wau juga adalah identiti masyarakat Malaysia. Murid hanya diberi rekabentuk rupa wau sebagai panduan untuk menghasilkan replika wau dalam bentuk 3D. Alat dan bahan yang digunakan adalah kertas lukisan, pensel warna, gam, gunting dan lidi. Olahan idea murid ternyata memberi inspirasi yang begitu baik dan memuaskan. Mereka dapat mengintepretasi gaya dan corak dengan cara tersendiri. Hasil olahan yang menarik dipamer untuk tatapan rakan-rakan yang lain. Mereka tentu sekali berbangga dengan kerja tangan sendiri.
Posted by Picasa

PAPER FLOWER

LIPATAN DAN GUNTINGAN

Hasil kreativiti murid-murid dalam lipatan dan guntingan. Hanya dengan menggunakan bahan-bahan seperti kertas warna, gunting dan gam, murid-murid sudah boleh mengekspresikan imaginasi mereka melalui teknik lipatan dan guntingan. Seronok dan mengujakan apabila murid sentiasa dikejutkan dengan corak yang terhasil daripada guntingan yang telah dibuat. Uniknya, corak yang terhasil tiada yang sama antara satu dengan lain... Lihat...
Posted by Picasa

Ukiran polisterine

Pertama kali mendapat idea untuk menggantikan aktiviti kraf tradisional dengan
ukiran polisterine. Cawan polisterine yang telah digunakan ( kitar semula ) diukir dengan menggunakan pen yang sudah tiada dakwat ( kitar semula juga..). Warna pastel digunakan sebagai media. Jangan gunakan krayon sebab tak sesuai. Lukislah apa jua corak yang terlintas difikiran anda. Warnakan dengan warna yang terang dan menarik untuk menambah ceria pada cawan kitar semula anda. Daripada dibiarkan terbuang begitu saja, apa kata gunakan sebagai bekas pensel. Bukankah menarik?..
Posted by Picasa
...lagi teknik ikat dan celup...
Posted by Picasa

Teknik ikat dan celup

Teknik ikat dan celup hasil anak-anak didik Tahun 4.

Tisu dan warna air digunakan sebagai media.
Ini merupakan eksperimentasi bagi murid-murid saya dan saya sendiri kerana sebelum ini saya menggunakan kain putih. Oleh kerana ingin menjimatkan kos bahan, saya mengambil inisiatif untuk menggunakan tisu muka dan benang untuk menghasilkan batik ikat celup yang mudah. Hasilnya sungguh menarik...Ini cuma sebahagian saja..anda juga boleh mencuba...
Posted by Picasa

Wednesday 9 November 2011

Seni Tembikar

Tembikar merupakan salah satu hasil kraftangan tradisional yang diperbuat daripada tanah liat. Tembikar telah digunakan sejak zaman dahulu lagi untuk tujuan keperluan harian, upacara kematian, dan keagamaan seperti yang diamalkan oleh masyarakat peribumi di Sarawak. Zaman Neolitik merupakan zaman bermulanya penggunaan dan perkembangan tembikar. Bukti penemuan bahan-bahan artifak ini telah dijumpai di Kedah, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak.



Tuesday 8 November 2011

Vincent van Gogh: Starry NightA Brief Understanding of the Starry Night Paintings. Starry Night by Van Gogh Starry Night by Vincent van Gogh has risen to the peak of artistic achievements. Although Van Gogh sold only one painting in his life, the aftermath of his work is enormous. Starry Night is one of the most well known images in modern culture as well as being one of the most replicated and sought after prints. From Don McLean's song 'Vincent' (Starry, Starry Night) (Based on the Painting), to the endless number of merchandise products sporting this image, it is nearly impossible to shy away from this amazing painting. A Brief Understanding of the Starry Night Paintings. Starry Night by Van Gogh Starry Night by Vincent van Gogh has risen to the peak of artistic achievements. Although Van Gogh sold only one painting in his life, the aftermath of his work is enormous. Starry Night is one of the most well known images in modern culture as well as being one of the most replicated and sought after prints. From Don McLean's song 'Vincent' (Starry, Starry Night) (Based on the Painting), to the endless number of merchandise products sporting this image, it is nearly impossible to shy away from this amazing painting.



                      Starry Night Over The Rhone


Starry Starry Night

Monday 7 November 2011

roda warna

WARNA

Pengenalan
Warna ialah tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan.
B. Jenis-jenis Warna
Dalam seni visual, warna terbahagi kepada 3 jenis, iaitu:
1. Warna Asas/Utama
2. Warna Sekunder
3. Warna Tertier

Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning.
Warna asas ialah warna utama yang tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain, tetapi boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier.
Warna Sekunder
Warna sekunder terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu.
Warna sekunder terhasil daripada campuran 2 warna asas.
Warna Asas Warna SekunderKuning + Biru = HijauBiru + Merah = UnguMerah + Kuning = Jingga

Warna tertier terhasil daripada campuran 1 warna asas dengan 1 warna sekunder.

Warna Asas Warna Sekunder Warna Tertier
Biru + Ungu = Biru-Ungu
Merah + Ungu = Merah-Ungu
Merah + Jingga = Merah-Jingga
Kuning + Jingga = Kuning-Jingga
Kuning + Hijau = Kuning-Hijau
Biru + Hijau = Biru-Hijau

Warna Neutral
Warna neutral merupakan warna yang tidak tergolong dalam kategori warna asa, warna sekunder dan warna tertier.
Warna neutral terdiri daripada warna putih dan hitam atau campuran kedua-duanya.

C. Nilai Warna
Ton Warna
Ton warna ialah nilai pancaran kecerahan dan kegelapan sesuatu warna.
Ton warna diperoleh melalui campuran sesuatu warna dengan warna putih atau warna hitam.
Warna yang dicampur dengan warna hitam menjadi ton yang lebih gelap dan warna yang dicampur dengan warna putih akan menjadi ton yang lebih cerah.
Kroma Warna
Kroma ialah nilai ukuran warna.
Ia terhasil melalui campuran warna penggenap dalam nisbah yang tertentu.

D. Gubahan Warna
Sewarna
Sewarna ialah gubahan yang menggunakan 1 warna dalam beberapa ton atau dikenali sebagai warna monokrom. Sewarna dapat dihasilkan melalui campuran warna putih untuk kesan terang atau warna hitam untuk kesan gelap.
Warna Harmoni
Warna harmoni ialah sekumpulan warna yang terletak sebelah-menyebelah dalam roda warna.
Ia mempunyai hubungan warna, ton dan suhu warna yang sama. Warna harmoni dapat menimbulkan kesan perasaan selesa dan tenang. Ia sesuai digunakan untuk menghasilkan corak tekstil, hiasan dalaman, perabot, seni taman dan seni halus.
Berikut ialah contoh warna yang berharmoni:
*merah jingga, jingga, jingga kuning
*hijau kuning, hijau, hijau biru
Warna Penggenap
Warna penggenap merujuk kepada gubahan warna yang menggunakan kombinasi warna yang kedudukannya saling bertentangan dalam roda warna. Warna penggenap juga dikenali sebagai ‘complementary’.
Contoh warna penggenap ialah:
Merah – Hijau
Kuning – Ungu
Biru – Jingga
E. Suhu Warna
Suhu warna ialah kumpulan warna yang mempunyai kesan pancaran cahaya panas atau kesan pancaran cahaya sejuk.
Warna panas ( merah,kuning, jingga dan hijau kuning)memberi kesan terang dan garang dan merangsang pandangan. Ia merupakan kumpulan warna yang mempunyai kesan cahaya yang tinggi.
Warna sejuk ( biru, ungu, hijau dan biru hijau ) memberi kesan redup, tenang dan damai serta menyejukkan mata memandang. Ia mempunyai kesan pancaran cahaya yang rendah.

F. Peranan dan Fungsi Warna
Dalam masyarakat berbudaya, elemen warna dan fungsinya tidak dapat dipisahkan.
Warna merupakan sebahagian daripada pakaian kehidupan masyarakat dunia.
Masyarakat desa di Malaysia, mensinonimkan warna dengan objek alam sekeliling.
Warna boleh membawa maksud atau pengertian tertentu mengikut budaya setempat seperti:
Warna kuning- kebesaran diraja, kecemerlangan, ceria, kekayaan.
Warna merah- berani, kemakmuran, bahaya, amaran.
Warna hijau- segar, subur, pertumbuhan.
Warna biru- kedamaian, tenang, romantik.
Warna putih- kesucian, kemurnian, kerohanian.
Warna hitam- kesedihan atau kepiluan.